EXPLORASI BAJU KURUNG - Pesak Gantung Full Lining utk Haryati
baju & kain
pesak gantung
full lining- fokus pada fabrik name..
Assalamualaikum w.r.t...
Tuan punya baju kurung ini sebenarnya sudah merajuk dengan *** nya. Al-maklumlah... setelah lima tahun menghantar baju, *** pun dah boleh baca ragam dan kerenah kita. Tiba-tiba terkecewa. Sepatutnya REGULARlah perlu dijaga kan? Perasaan sedih bercampur pilu...kadang-kadang geram pun ada semua diluahkan. Sabar sajalah yer dik!.
dan...sekarang ingin pula mencuba-rasa jahitan KK pula. Terus terang dikatakan, KK ni bukanlah bagus sangat kalau dibandingkan dengan pro-jahit yang ramai di luar sana. Pengalaman menjahit memanglah kurang dan masih lagi ditahap "IN SEARCH OF EXCELLENCE". Kalau nak cuba apa salahnya kan. (Terkejut dan berdebar-debar jugalah hari itu bila Haryati dengan beraninya mengeluarkan baju sampel dan kain yang exclusive untuk dijahit).
Sejurus selepas Haryati beredar keluar dari "pigeon hole" KK semasa menghantar kain hari tu tak habis-habis KK membelek-belek kain tersebut. Sempat juga meminta pendapat Darling G yang for sure akan berkata..."I yakin you boleh buat"!.
.....semalam baju siap dah pun sampai ketangan tuannya...inilah hasilnya. Tuannya berkesempatan mencuba dan semoga berpuas hati! [ psstt...on-the-way nak balik tu sempat lagi Haryati berkata kepada KK nak hantar dua pasang baju lagi
banyak bersabar...itu adalah sikap yang wajar bagi yang kuat imannya..nice entry...cantik...semoga ceria dan dapat terus menghasilkan idea yang kreatif....maju terus maju...