Hari ini baru ada mood untuk mengemaskini rumah yang lama tinggal. Bukan apa mood dan idea menulis tak ada. Foto Sis Chi-chi ( Siti ...nak lebih manjalah tu..) dengan baju kurung yang dijait oleh KK ini dah lama tersimpan dalam memori kamera. Terdapat 4 pasang baju yang ditempah iaitu Baju Kurung Moden, Riau, pesak betawi dan moden lengan kembang.
Warna-warna garang dan hitam abstrak menjadi pilihan. Kebetulan lebihan kain perca masih lagi disimpan dan sempat juga Sis Chi2 membuat awning tudungnya menggunakan lebihan kain tu supaya senada katanya semasa DIY tudung dirumah KK.
Sis Chi2 dah pun booking slot tempahan baju for raya tahun ini...setiap kali jumpa.."Kak Khaty jangan lupa Chi2 punya tau...nanti Chi2 beli kain passing pada akak. Chi2 tengah cari fesyen terlatest ni kak. Sekarang tengah fikir ni". Disamping rajin buat homework semasa sesi DIY tudung sis Chi2 juga rajin mengumpul gambar-gambar fesyen yang terdapat di suratkhabar dan memberikannya kepada KK for future reference.
Thanks Sis Chi2 kerana memberi sokongan dan kepercayaan kepada akak.