Rindu pula rasanya nak buat kek ni. Kek ini merupakan specialty KK. Tiap-tiap
tahun bila Hari Raya telah menjadi kemestian. KK cuma terima tempahan daripada saudara mara terdekat sahaja sebelum ini. Kek ini perlu di kukus selama 4jam dan yang paling teristimewa ialah baunya yang harum, warna gula hangus dan rasa mewah buahnya yang lazat. MUazzz memang tak jemu makan. Untuk kek ini KK kurangkan gula kepada setengah. Manis-manis tak bagus utk kesihatan.
Kek Kukus 4jam menghiasi segment What's Cooking kali ini. Kapada yang ingin menempah kek ini silalah maklumkan kepada KK seminggu terlebih awal di 012-6100892. Kepada yang nak sample kek ini boleh juga...datanglah rumah KK..he..he..
Kepada yang nak mencuba buat sendiri boleh juga.
Bahan-bahan dan cara-caranya spt di bawah.
Quote:
KEK KUKUS SPECIAL 4JAM
Bahan-Bahan:
1 kati tepung gandum
1 cawan gula halus
2 cawan gula hangus
5 biji telor -buang pusat
340g Golden Churn Butter (1 tin kecil)
1 kotak buah campur (kotak besar)
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen limau
Cara:
1-Gula hangus disediakan akhir sekali apabila segala bahan siap di bancuh
2-Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat,cream or tartar dan serbuk pala
3-Pukul gula dan butter sampai kembang
4-Asingkan putih & merah telur dan pukul sampai kembang. pukul berasingan.
5-Masukkan telur sedikit sedikit kedalam aduna butter. Mula mula putih dahulu kemudian merah. Pukul lagi.
6-Kemudian masukkan tepong sedikit demi sedikit.
7-Masukkan esen limau
8-Masukkan Mix Fruit dan kacau ala kadar sahaja.
9-Masukkan gula hangus - gaul rata
10-Masuk dalam acuan atau periuk yang telah dilangser minyak dan tepung terlebih dahulu. Tutup bahagian dengan kain dan ikat supaya air wap tidak masuk
11-Kukus selama 4 jam.Pastikan air mencukupi
Cadangan Hidangan:
Setelah masak terbalikkan periuk dan keluarkan. Disejukkan sebelum disimpan dan tahan sehingga sebulan.
Tips Tok Guru:Gula hangus hendaklah disediakan akhir sekali. Pastikan gula betul-betul hangus dan berbuih semasa menuang ke dalam adunan tepung dan hendaklah dikacau sentiasa semasa menuang gula ke dalam adunan untuk mengelakkan gula drp keras. Lebih senang pakai "assistant". Sorang TUANG...sorang KACAU.
Pastikan air sentiasa mencukupi semasa mengukus.
Setiap 1JAM hendaklah dilap tudung kukus supaya air tidak menitik ke atas kek. Lebih senang tutup dengan aluminuim wrapper.