Assalamualaikum w.r.t, Idea promosi Abaya ini tercetus semasa mula-mula KK belajar menjahit dan mula-mula sign-in fp. Ianya ditujukan khas kepada peminat-peminat Blouse&Jilbab. Abaya ialah busana muslimah yang diperbuat dari kain bewarna hitam. KK rasa amat bertuah kerana berkesempatan meminjam, meneliti dan membuat pola Abaya ini daripada seorang kawan sepejabat yang sering pergi ke Dubai. Beliau telah membeli Abaya untuk isterinya.
Cara potongan Abaya ini simple sahaja. Sekeping bahagian belakang dan sekeping bahagian hadapan. Kemudian kepingan tersebut dicantum kedua-duanya dengan menjahit tepi atas bahu membawa ke lengan (kiri-kanan) dan tepi baju kiri kanan. Abaya yang asal dari Dubai itu menggunakan kain bidang 60'' - 90''. KK telah cuba untuk mendapatkan kain macam tu tetapi yang ada cuma berbidang < 60" yang mana bahagian tangan KK kena sambung dengan kain lain (itu tak menjadi masalah!).
Kepada peminat Abaya...
Sekarang tak perlu pergi ke Dubai semata-mata untuk membeli Abaya. KK ada..boleh tolong jaitkan mengikut labuh dan panjang lengan yang kehendaki. Kepada yang berminat untuk membeli Abaya ini, berikut ialah butir-butirnya:
1. Labuh = 53" (ukuran standard)
2. Panjang lengan = 22" ( ukuran standard)
3. Harga = RM80.00 ( asal RM100.00 after diskaun 20%)
plus......a free gift for you..a lovely silver sandwich tong bought from Langkawi masa cuti-cuti Malaysia. Hurryy...hurryy while stock last.
+
this is for you...
Quote:
BeauTNDBeads ~ thanks; tak pe...nnt KK let you know bila the 2nd Abaya siap yerr..
Norisah ~ pls check email yerr..
Ayu ~ check email yerr..
ija ~ jomm..
ummu/wawa ~ ooowwwh..kena virus ke?sbb KK cuba bagi komen kat SK, tapi tak ble nak submit. Abaya..Abaya dengar pun dah teleleh nihhh...untungnya wawa dpt pegang2. selalunya pegang dulu lama2 dapatlah memilikinya. KK selalu tengok du ruangan Busana setiap hari ahad memang terliurlah..cantik sangat2. KK setakat ini beru belajar basic hanya buat plain dulu. Insyaalah ada masa bolehlah jait manik&sulam-sulam tu...muahhh
salam k.khaty..
jom cuci mata kat sini............
Sat 12-Apr-2008 19:02 Posted by:ija manik - [Link]
Sorry kak KK, lambt balas email. Computer rosak. Cantik abaya hasil tangan kak KK tu. Sekarang ni dah ramai minat dengan abaya. Baru-baru ini ramai pelanggan wawa bawa abaya dari Mekah minta alter. MasyaAllah cantik-cantik, sulam pun penuh. Entah bilalah wawa direzkikan dapat pakai abaya yang semahal tu. Beratus-ratus ringgit harganya sehelai. Tapi syukurlah tak dapat merasa memakai rasa pegang-pegang pun jadilah. terleleh air liur wawa ni kak KK kalau tenguk sulamannya yang padat dan cantik-cantik,
Sun 13-Apr-2008 09:23 Posted by:ummu wawaxp@gmail.com - [Link]