Want your
own Fotopage?








 
Blouse and Jilbab Collection

By: Khadijah Abdul Mannan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 20-Oct-2010 08:21 Email | Share | | Bookmark
Jubah Atie - baru nak update

lengan cuff with dummy button
lengan cuff sehingga siku..jubah with lining
mengikut availability kain
warna cuff matching with sulam memang cantik
Salam..

Mata berair mengupas bawang,
Bawang disimpan di dalam dulang
Walaupun fp lama bersawang,
Namun tempahan semakin kencang.

Akak ucapkan terima kasih atas sokongan anda yang berterusan. Semoga ceria dan bahagia selalu hendaknya. Aminnn..

Jubah Atie berwarna merah bata bersulam riben bukit tinggi memang cantik. Secantik sipemakainya.
layanzz...






Inginkan koleksi pakaian pengantin terkini untuk anda atau untuk butik anda? Kami menjual pakaian pengantin secara on-line (ready stock). Eksklusif hanya 1 design bagi setiap pakaian sahaja. Sila lawati http://auracollection.fotopages.com atau di facebook http://www.facebook.com/pages/Aura-Collection/187186321296769
Wed 29-Dec-2010 12:29
Posted by:Aura Collection  - [Link]
Add comment


Saturday, 17-Jul-2010 13:04 Email | Share | | Bookmark
1 MALAYSIA 1 KAIN 4 YR2010

4 psg baju kurung 4 raya2010 utk 4 cust yg berlainan
Assalamualaikum semua...

Tahun ini banyak pula kain 1 Malaysia untuk dijahit. Rata-rata kain ini mempunyai banyak corak dan warnanya bermacam-macam. Paling ketara ialah bila memotong kain ini mesti ikut kedudukan coraknya yang kadang-kadang mustahil untuk mendapatkan ira kain yang memanjang. Kain 1 Malaysia ini berbulus kerana tenunan benang yang agak longar.

Apa-apa pun untuk tahun ini 1 MALAYSIA 1 KAIN 1 SYAWAL



Add comment


Wednesday, 7-Jul-2010 13:04 Email | Share | | Bookmark
Tempahan untuk Raya 2010

secret pemerhati dicermin tingkap..caught you!
dalam ada lebih dari dua pasang ..tu yg jadi byk.
another sulam bukit tinggi 4 Ati..baru sempat upload
Alhamdullilah,


mata pun dah puffy tak cukup tidur manakala tempahan untuk raya dah beratur sehingga nak terkeluar
dari bilik jahit. sekarang operasi memotong kain..insyaalah by next week boleh pulun menjahit pula.
hopefully boleh siap by end of this month.




mujur ada penolong hi..hi..



Add comment


Saturday, 24-Apr-2010 13:04 Email | Share | | Bookmark
Kain Chiffon Jalur - Sulam Ribbon Bukit Tinggi

 
Assalamualikum w.r.t..

Cantik sungguh kain chiffon merah bata bersulam ribbon Bukit Tinggi. Lama juga tangan akak menggigil nak potong kain ini untuk dibuat gaun labuh ala CT..hu..hu.... Insyaalah siap weekend ni..



salam kak..apa khabar??....sibuk dgn projek aper skrg??.,.. Wed 5-May-2010 13:44
Posted by:chi chi
kak,bole tak klu sy nak tempah baju 20 pasang skali? size S,M,L..tenkiu kak. Fri 2-Jul-2010 10:51
Posted by:mell
Add comment


Saturday, 9-Jan-2010 13:04 Email | Share | | Bookmark
Status Tempahan 2010

Quote:
Assalamualaikum w.r.t kepada semua pengunjung fp KK.

PENGUMUMAN:

Status tempahan:

Jun 2010: closed
July 2010: closed
Aug 2010: closed
Sep 2010 : closed
Oct 2010 : closed
Nov 2010 : closed
Dis 2010 : closed
Jan 2011: to be advised

Sokongan yang berterusan daripada anda amatlah dihargai dan KK ucapkan ribuan terima kasih. Kepada baju-baju yang masih outstanding tu KK akan hubungi dalam masa yang terdekat yerrr... Insyaalah.


Wasallam..
KK




Code:
Waalaikumussalam Yura...minta maaf banyak2 yerr...utk tempahan baju dan tudung lebih baik sediakan material sekali. As for beads ikut suka...kalau nak provide boleh juga.... Apr 2010 is going to close soon

edited: 26 May 2010: by KK

Salam, alaaa sedihnya saya baru teringin nak tempah.. jan-mac dah closed ;-(
For order tudung & baju with bead, U sediakan bersama material kain atau bagaimana caranya.. plz explain. this is my 1st time.
Tue 12-Jan-2010 01:12
Posted by:Yura
saya berminat nak tempah baju...cam ner caranya yer...thanks Sat 30-Jan-2010 02:15
Posted by:lisza
semua closed!
waaaaaaaaaaa!nak sgt pakai kaftan masa nikah nnt!
Thu 8-Apr-2010 10:51
Posted by:nur
Add comment


Saturday, 9-Jan-2010 13:04 Email | Share | | Bookmark
Tahun lepas.....

Haryati's kurung skirt-songket & organza (with lining)
Baju kurung moden Nana
Dua psg kurung Pesak gantung Haryati
Assalamualaikum w.r.t..

Berikut ialah di antara baju-baju yang telah siap dikerjakan dan sudah pun diambil oleh tuannya. Untuk makluman kepada yang telah menghantar kain tetapi tempahan belum juga siap akak harap bersabar yerr....

Seminggu sebelum sekolah bermula jiran akak telah menempah pinafore untuk cucunya. Memang akak keberatan untuk menjaitnya tetapi mengenangkan regular customer dan baju sekolah pula untuk anak cucu kesayangannya maka terpaksalah akak jahit. Nasib baik juga menjadi uniform sekolah kalau tidak pun jadi apron. Keikhlasan untuk menyiapkan sesuatu jahitan mesti ada kerana di situlah terbitnya ketelitian. Sama juga bila kita masak, mesti selalu senyum dan ikhlas serta bersyukur atas rezki yang Allah berikan. Jangan lupa baca Bismillah ...masakan akan garenti sedap walaupun tanpa MSG.

Berbalik kepada pinafore tadi...rasa malaslah akak nak snap gambarnya kerana budak-budak sekolah sememangnya tidak digalakkan untuk memakainya memandangkan sekarang kita mempunyai alternatif yang lebih baik iaitu memakai baju kurung yang lebih sopan. Sepanjang mencuba pakai uniform tersebut sempat jugalah akak meberi nasihat kepada si anak tentang aurat seorang wanita. At least akak dah jalankan kerja akak kerana yang selebihnya terletak ditangan kedua ibu-bapa sianak.




Quote:
jie ~ salam, time kasih kerana singgah. teruskan menjahit tanpa mengira jenis kain. lama kelamaan jie akan rasa kesemua kain tu sama saja. jadikan menjahit sebagai bidang yang boleh menjana pendapatan dan jika banyak masa boleh juga diperluaskan lagi dengan menjahit manik, melakukan kerja-kerja craft, menjahit tudung, quilt, sulam dll..

akak, saya tailor jugak.saya pun keberatan nak jahit kalau baju2 berfesyen dan kain yang jarang tanpa lapik.skrg saya cuba pikirkan alternatif lain, mungkin saya akan belajar jahit manik utk menampung pendapatan Sun 23-May-2010 09:05
Posted by:jie
Add comment


Thursday, 17-Dec-2009 13:04 Email | Share | | Bookmark
Selamat Menyambut Awal Muharram 1431 Hijrah

 


Assalamualaikum w.r.t...

Masa berlalu begitu pantas. Tahun 2009 merupakan tahun yang sedih buat akak. Dua insan yang paling bermakna dalam hidup ini telah pergi buat selama-lamanya. Pergi yang tidak akan kembali lagi. Menjelang Ramadhan, 10 Aug 2009 Ambong, abang sulung akak telah pergi. Beliau telah meninggalkan seorang balu dan enam orang anak. Kemudian, pada 11 Dis 2009 ibu mertua akak pula kembali ke Rahmatullah.

Ingin ditangisi tidak bererti lagi...
Ingin dicerita tidak sedap hati...

...hanya bacaan surah Al-Fatihah dan surah Yasin yang dapat dihadiahkan kepada mereka yang mana sesekali bacaan akak terhenti kerana linangan air-mata. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka dan menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.


Mon 4-Jan-2010 12:21
Posted by:korok  - [Link]
Salam akak,
macam mana nak hantar tempahan baju kat akak? bleh bagi nombor contact senang kalo nak hantar. saya nak buat blouse untuk kerja
Wed 13-Jan-2010 14:03
Posted by:shakila
Minyak Wangi Aura Tanpa Alkohol bergabung dengan tenaga getaran Aura yang boleh merawat,memulihara aura dan Pil Aura Minda yang dapat meningkatkan IQ( akal ),EQ(emosi),SQ(jiwa) serta menjana pendapatan yang berbaloi-baloi.... Kini kami membawa peluang kepada anda : 1.Peluang menjana pendapatan yang lumayan 2.Peluang menjaga kecantikan di dalam Aura diri anda 3.Membantu anak atau diri sendiri meningkatkan IQ, EQ dan SQ.
http://www.auralifeu2.blogspot.com

Tue 20-Apr-2010 16:42
Posted by:yanti  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Tuesday, 24-Nov-2009 13:04 Email | Share | | Bookmark
Tarikh Keramat buat Kak Long Bie - 21 Nov 2009; BERTUNANG

inner bling bling
comelnya anak buah ku nihh..
tudung beauty
Assalamualaikum w.r.t...

Teristimewa untuk Kak Long Bie, anak buah akak yang berkenan dan meminta akak buat tudung macam Beauty untuk dipakai di hari pertunangannya pada hari Sabtu 21/11/2009 yang lepas. Inginkan warna jambu sepadan dengan persalinan yang ditempahnya sendiri.

Untuk tudung yang julung-julung akak buat ini, akak menggunakan dua tone jambu inner light jambu yang di hiasi dengan bling-bling manakala tudung beauty pula warna jambu dark tone. Tepi tudung beauty tu akak saja gatal tangan menghiasnya dengan potongan bunga-bungan sulam manik organza. Macam Izan Beauty and D Beadshttp://beautynthebeads.fotopages.com/?entry=1550085kata, kita kena trim dulu bunga-bunga tu sebelum jait.

Inilah hasilnya...



dan...Kak Long...pada hari itu kelihatan ceria

Sejambu hati Kak Long Bie menambat cinta sejati. Semoga kekal dan happy selalu sehingga ke jinjang pelamin.

Code:
Akak juga mengucapkan ribuan terima kasih atas info tentang mana nak cari bahan-bahan untuk membuat tudung ini pada Izan Beauty N D Beads yang mana beliau juga merupakan pengasas tudung beauty ini. Semoga rezki mu Dik bertambah ruah sepanjang zaman dan berjaya dunia akhirat. AMIN.


Quote:
RnZ ~ TQ. eihh...sabar..sabar...akak lagi geram...rasa macam nak gigit-gigit..

Beauty&DBeads ~ TQVM...tanpa mu apalah aku..

imazam ~ sama2, TQ

cho zila ~ Selamat Hari Raya Eid Adha juga utk you..tq...


Take a peep at : http://blousejilbabcollection.blogspot.com/ --tq

wah jelitanya anak penakan KK! tudung pun sweet gitu... congrats kak! Wed 25-Nov-2009 01:14
Posted by:Beauty&TheBeads  - [Link]
Selamat Hari Raya Aidiladha
Thu 26-Nov-2009 03:09
Posted by:imazam
&#9829: SeLaMaT Hari RaYa AiDiL AdHa ♥

cantik gak bertudung begitu yerk... nampakler kelainannyer..
Thu 26-Nov-2009 04:12
Posted by:cho zila  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 16-Nov-2009 03:04 Email | Share | | Bookmark
Kurung Moden Chi2 - New*

blue - Chi2 suka corak abstract
Peach abstract
this side pulak
View all 7 photos...
Katanya nak pakai masa jadi invigilator exam student STPM nanti. Apa-apa aje lah Cik Gu...janji bergaya kan!







Quote:
p/s: idea kurung finale kejap tenggelam kejap timbul..
nanti KK updatelah

ops...msg tu model...chi2...lama tak dgr citer...mana ko?.... Fri 11-Dec-2009 11:36
Posted by:mama kimi  - [Link]
salam..tumpang iklan..
ingin dapatkan tudung bawal sulam tangan yang lain daripada lain... jom visit my blog
http:kahtycollection.blogspot.com
Fri 29-Jan-2010 09:29
Posted by:kahty  - [Link]
Add comment


Tuesday, 27-Oct-2009 13:04 Email | Share | | Bookmark
Explorasi Baju Kurung - Finale

Assalamualaikum w.r.t..

Tungguuu...

KK




akum KK, i nie member baru...cantik sume baju...teringin nk tempah jugak... Tue 3-Nov-2009 05:16
Posted by:sweety
Minyak Wangi Aura Tanpa Alkohol bergabung dengan tenaga getaran Aura yang boleh merawat,memulihara aura dan Pil Aura Minda yang dapat meningkatkan IQ( akal ),EQ(emosi),SQ(jiwa) serta menjana pendapatan yang berbaloi-baloi.... Kini kami membawa peluang kepada anda : 1.Peluang menjana pendapatan yang lumayan 2.Peluang menjaga kecantikan di dalam Aura diri anda 3.Membantu anak atau diri sendiri meningkatkan IQ, EQ dan SQ.
http://www.auralifeu2.blogspot.com

Tue 20-Apr-2010 16:39
Posted by:yanti  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com